hai..welcome to my blog =) sape yg xbermint boley ler leave from my page yep! xpom just tekan "ctrl+w" hahak! =P and law senang follow jeee..thank you~~ ^_^

Saturday 12 November 2011

Virus Juga Menyerang Linux


Ubuntu Mesra Windows
Pengguna baru (dan lama) sering beranggapan bahawa Ubuntu tidak perlukan antivirus kerana ia kebal, virus tidak akan mampu menceroboh sistem Ubuntu. Saya tidak terkecuali.=)
Akan tetapi, ramai dikalangan kita yang bergantung kepada aplikasi Windows seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan Game. Aplikasi ini sangat penting bagi mereka sehingga terpaksa install Wine supaya aplikasi ini boleh digunakan dalam Ubuntu. Tanpa virus scanner, akaun kita akan dijangkiti virus Windows (seriously, akaun root pun akan terjejas tetapi ada cara untuk mengelakkan bahana ini berlaku). Bila dah kena virus, kenalah bersihkan dengan cara sudo apt-get purge wine. Lepas tu, kena install semula Wine dan semua aplikasi Windows yang diperlukan. Leceh. Jadi, cara mudah, install virus scanner sebagai langkah pencegahan kerana mencegah lebih baik daripada merawat, betulkan..=)
Namun, masalah utama yang membuatkan antivirus perlu diinstall adalah kerana kita dikelilingi pengguna Windows. Dengan virus scanner, kerja-kerja mencari dan mengenal pasti virus Windows yang duduk dalam hard disk atau thumbdrive kita mudah dikesan dan dibuang sebelum kita bertukar fail dengan pengguna Windows. Kadang kala kita tak sedar dalam hard disk kita ada virus setelah bertukar fail dengan pengguna Windows A. Kesian pengguna Windows B yang berhati-hati menjaga sistemnya daripada virus tapi apabila dia mahu bertukar fail dengan kita, virus pengguna A yang kita tak sedar ada dalam folder yang ingin dikongsi masuk dalam sistem dia. Dalam kes ini kita digalakkan install antivirus.
Bukankah kita komuniti Ubuntu yang bertanggungjawab..=)


No comments:

Post a Comment