hai..welcome to my blog =) sape yg xbermint boley ler leave from my page yep! xpom just tekan "ctrl+w" hahak! =P and law senang follow jeee..thank you~~ ^_^

Saturday 12 November 2011

Langkah Sambung Internet Guna Modem Prolink Dalam Ubuntu


Prolink PHS300 adalah modem usb broadband berkapasiti tinggi dengan kelajuan download sehingga 7.2mbps dan upload sehingga 5.76 mbps. Ia disupport oleh Linux khususnya Ubuntu 10.04 Lucid Lynx tetapi langkah khusus perlu dilaksanakan sebelum pengguna boleh membuat sambungan ke internet. Modem ini support semua ISP – Celcom, Maxis dan Digi. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat:

1. Buka Ubuntu dan cucuk modem pada usb port komputer.
2. Perhatikan icon modem yang muncul pada desktop. Right click pada icon tersebut dan ‘eject’.
3. Buka Application>Accessories>Terminal dan taip lsusb. Perhatikan value ini – 1e0e:9100.
4. Taip sudo modprobe usbserial vendor=0x1e0e product=0×9100. Enter. Close terminal.
5. Right click pada internet connection icon pada panel atas sebelah kanan skrin dan pilih ‘New broadband internet connection…’
6. Ikut arahan untuk membuat sambungan internet dan pilih ISP sama ada Celcom, Maxis atau Digi.
7. Akhir sekali, tekan apply dan bukalah Firefox atau Chromium untuk surf internet.
Berikut adalah video step-by-step tutorial di atas. Selamat mencuba.=)



Read more...

3 Cara Buat Bateri Laptop Tahan Lama


Adakah bateri laptop anda cepat habis padahal baru caj?
1. Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja.Dinyatakan 3 cara untuk buat bateri tahan lama:
2. Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.
3. Penting! Pastikan notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak. Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point. Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup!
Read more...

Virus Juga Menyerang Linux


Ubuntu Mesra Windows
Pengguna baru (dan lama) sering beranggapan bahawa Ubuntu tidak perlukan antivirus kerana ia kebal, virus tidak akan mampu menceroboh sistem Ubuntu. Saya tidak terkecuali.=)
Akan tetapi, ramai dikalangan kita yang bergantung kepada aplikasi Windows seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan Game. Aplikasi ini sangat penting bagi mereka sehingga terpaksa install Wine supaya aplikasi ini boleh digunakan dalam Ubuntu. Tanpa virus scanner, akaun kita akan dijangkiti virus Windows (seriously, akaun root pun akan terjejas tetapi ada cara untuk mengelakkan bahana ini berlaku). Bila dah kena virus, kenalah bersihkan dengan cara sudo apt-get purge wine. Lepas tu, kena install semula Wine dan semua aplikasi Windows yang diperlukan. Leceh. Jadi, cara mudah, install virus scanner sebagai langkah pencegahan kerana mencegah lebih baik daripada merawat, betulkan..=)
Namun, masalah utama yang membuatkan antivirus perlu diinstall adalah kerana kita dikelilingi pengguna Windows. Dengan virus scanner, kerja-kerja mencari dan mengenal pasti virus Windows yang duduk dalam hard disk atau thumbdrive kita mudah dikesan dan dibuang sebelum kita bertukar fail dengan pengguna Windows. Kadang kala kita tak sedar dalam hard disk kita ada virus setelah bertukar fail dengan pengguna Windows A. Kesian pengguna Windows B yang berhati-hati menjaga sistemnya daripada virus tapi apabila dia mahu bertukar fail dengan kita, virus pengguna A yang kita tak sedar ada dalam folder yang ingin dikongsi masuk dalam sistem dia. Dalam kes ini kita digalakkan install antivirus.
Bukankah kita komuniti Ubuntu yang bertanggungjawab..=)



Read more...

Celcom Broadband : Cara Melajukan Connection Broadband


Ramai yang mencari cara untuk melajukan celcom broadband ini termasuklah saya sendiri. Selepas beberapa minggu saya membuat kajian dengan cara ini, saya dapati cara melajukan connection Celcom Broadband ini ternyata akan melajukan broadband anda.
Baiklah, jika sebelum ini anda mengalami masalah seperti ‘Hang’, connection time out, Lost connection dan sebagainya, saya sarankan anda untuk mengikuti tutorial ini. Selepas mengikuti tutorial tips dan trick melajukan celcom broadband ini, saya pasti anda akan dapat atasi masalah dengan connection celcom broadband anda. Caranya tidaklah begitu merumitkan, anda hanya perlu mengikuti langkah ini.
  1. Buka Comand Promt anda. (pergi ke RUN -> CMD.exe dan tekan “enter”)CMD.exe
  2. Taip ipconfig dan tekan “enter”.
    IP Config
    IP Config IPv4 Celcom
  3. Kemudian anda copy IPv4 Address anda.
  4. Seterusnya taipkan ping (tukar kepada IPv4 Address) -t dan tekan “enter”.
    Ping IP
    Ping IP Broadband
  5. Selesai. (biarkan sahaja Comand Promt menjalankan proses PING tersebut)
Ini akan membolehkan anda terhindar daripada masalah connection timeout, hang dan sebagainya. Dengan cara ini juga, anda boleh melayari internet dengan lebih laju dan lancar. Selamat mencuba ya.
ps: Saya tidak pasti cara ini boleh bypass celcom throttle speed kerana semasa saya membuat tutorial ini, bandwidth saya masih belum melebihi had yang ditetapkan.. Jika penggunaan anda sudah melebihi daripada pakej yang anda langgan, kelajuan anda hanya 128kbps sahaja.
Jika ada sebarang masalah, jangan segan untuk bertanya.
Read more...

Friday 11 November 2011

Apa Disebalik Tarikh 11.11.11??

Orang sibuk update pasal 11.11.11 kan ? read this !
dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya k...ami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11 . 

Read more...